Wednesday 14 June 2017

Jalan - jalan Korea 2017: Musim bunga di Garden of Morning Calm dan Nami Island

 



10 April 2017

Pada hari ke-empat kami di Korea, kami berkesempatan mengunjungi Garden of Morning Calm dan Nami Island. Kedua - dua tempat ini agak berdekatan dan boleh dikunjungi dengan menaiki bas Gapyeong City Tour (berkonsepkan hop on hop off) yang boleh dinaiki daripada stesen Gapyeong. Kos bas ini adalah 6,000 won (RM24) seorang untuk sehari. Agak berbaloi untuk menaiki bas ini sekiranya anda pergi lebih daripada satu destinasi. Antara tempat yang boleh dilawati dengan menaiki bas ini adalah Petite France, Garden of Morning Calm dan Nami Island. Oleh kerana kami kesuntukan masa kami hanya sempat melawati dua tempat sahaja; Garden of Morning Calm dan Nami Island
 
1. Garden of Morning Calm
Cara ke sini dari Seoul:   Keretapi (Cheongyangni Station-- Gapyeong Station ) -- Bas Gapyeong City Tour
 
Sampai di stesen Gaypeong, bas Gapyeong City Tour telah menunggu di luar stesen. Oleh kerana tidak sanggup untuk menunggu lama (setengah jam lagi) kami terus menaiki bas berkenaan walaupun terpaksa berdiri. Bas ini memang penuh dengan penumpang tetapi kebanyakan penumpang turun di hentian Nami Island;  iaitu hentian ke empat bas ini. Selepas itu hanya ada beberapa orang sahaja penumpang yang tinggal termasuk kami.
 
Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Garden of Morning Calm memang cantik kerana kami menyusuri tasik. Di tepi tasik pula banyak pokok sakura yang sedang berkembang bunganya. Jadi indah sekali pemandangannya. Sayang tak dapat untuk kongsikan di sini gambarnya kerana bas terlalu laju dan kualiti gambar kurang jelas.
 
Selepas kira - kira sejam menaiki bas ini kami pun sampai di Garden of Morning Calm. Hentian Garden of Morning Calm merupakan hentian terakhir bas ini sebelum bas ini pusing balik ke Gapyeong Station.
 
Garden of Morning Calm merupakan taman private yang tertua di Korea Selatan. Nama taman ini dilihamkan daripada gelaran yang diberi oleh Sir Tagore (penyajak terkenal India)   kepada  negara Korea (Land of Morning Calm) semasa Joseon Dynasty. Bayaran masuk ke taman ini agak mahal iaitu 9,000 won (RM36) untuk dewasa. Namun agak berbaloi kerana kami dapat menyaksikan pameran bunga tulip semasa di sana
 
Jambatan Gantung untuk ke taman


Taman ini terletak di tepi gunung. Banyak pokok pine dan larch di sini
 
Bunga- bungaan di sini


Pameran bunga tulip


Bunga tulip di sini banyak yang sudah mekar



Barisan bunga tulipnya di tanam jarang- jarang menjadikan ianya agak kurang menarik dibandingkan dengan pameran tulip yang pernah kami lihat sebelum ini di tempat lain



Kami tidak lama di sini kerana pameran bunga tulipnya pun tidak banyak mana. Kebanyakan pokok - pokok di taman ini juga masih togel lagi dan bunga- bunga lain pun tak banyak yang ada untuk dilihat. Lagipun kami hendak ke Nami Island pula selepas itu.
 
2.  Nami Island
Cara untuk ke sini: Bas Gapyeong City Tour
 
Keluar sahaja kami dari Garden of Morning Calm, bas sudah menunggu di bus stop. Nasib baik. Kalau tidak kami perlu menunggu sejam lagi untuk bas berikutnya. Perjalanan untuk ke hentian Nami Island memakan masa selama sejam. Sempatlah saya melelapkan mata dan merehatkan badan yang keletihan selepas jalan- jalan di taman tadi.
 
Sampai je di hentian Nami Island kami terus singgah di 7 - 11 dekat bus stop untuk makan megi (bekalan) dan minum air. Di Nami Island ada restoran halal tetapi perut dah rasa lapar sangat. Tak boleh nak tunggu dah rasanya. 7 - 11 di sini ada menyediakan air panas dan meja makan untuk pelanggannya. Kami juga membeli nasi segera di situ dan makan dengan serunding yang dibawa. Oleh kerana perut lapar memang terasa sedap lah.
 
Selepas makan kami pun membeli tiket masuk dan feri untuk ke Nami Island. Nami Island ini merupakan pulau yang popular di kalangan pelancong. Kiranya tempat wajiblah jugalah dilawati kalau berkunjung ke Korea Selatan. Ini adalah kali ke tiga ke sini. Sebelum ini pergi semasa winter dan musim panas. Jadi pemandangan agak bebeza dari yang dilihat sebelum ini. Tapi rasanya pulau ini paling cantik dan romantik semasa winter dibandingkan dengan musim lain. Semasa musim bunga, pokok-pokok di sini banyak masih lagi togel. Bunga - bunga pun tak banyak ditanam di pulau ini.  
 
 Pemandangan tasik dari Nami Island
 

 


Weeping Cherry Tree (pokok sakura) yang sedang lebat berbunga di sini




Barisan pokok gingko yang popular itu masih belum berdaun lagi 

 
 
Blog Berkaitan:
Jalan -jalan Korea 2017: Musim bunga sakura di Seoul
Jalan - jalan Korea 2013 : Sepetang di Taejongdae Park
Jalan - jalan Korea 2013: Autumn di Busan dan Seoul

0 comments:

Post a Comment