Saturday 24 September 2016

Jalan - jalan Korea 2012: Bersiar-siar di Jeju Island dengan teksi




16 Mei 2012

Untuk ke Pulau Jeju, cara yang paling pantas dan mudah adalah dengan menaiki kapal terbang samada daripada Busan ataupun daripada Seoul. Pengunjung juga boleh ke sini dengan menaiki feri daripada Busan tetapi ianya memakan masa selama 6 - 8 jam. Ianya juga kurang selesa terutama bagi yang mudah mabuk laut.  Untuk ke sini kami berenam telah  menaiki kapalterbang Jeju Air, syarikat tambang murah Korea. Tambang seorang adalah RM60 sehala dari Busan. Harga sudah termasuk pilihan tempat duduk dan bagasi. . Tempahan kapal terbang ini kami buat secara online dan penempahan ini kami buat beberapa bulan sebelum kami ke Korea daripada laman web Jeju Air iaitu http://www.jejuair.net/jejuair/main.jsp. Kami bertolak balik daripada pulau ini ke Seoul dengan menaiki kapalterbang yang sama dengan kos RM80 sehala. .
Our flight to Jeju Island
 
Penerbangan kami daripada Busan ke Pulau Jeju memakan masa selama 1 jam sahaja. Perjalanan selama sejam ini terasa amat singkat terutama sekali sekiranya anda zzz seperti kami di sepanjang perjalanan.


17 Mei 2012

Semasa kami di Pulau Jeju, kami telah menyewa teksi jumbo (yang boleh memuatkan kami 6 orang) dengan kos sebanyak RM120 sahaja untuk sehari. Teksi ini kami telah tempah daripada hotel kami (Hotel Feliz Telcon) pada malam sebelumnya  Pemandu teksi ini telah memenangi anugerah pemandu teksi terbaik pada tahun 2011 dan servisnya memang terbaik walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris. Kami turut menggunakan perkhidmatan teksi ini pada hari berikutnya untuk ke lapangan terbang Jeju dengan kos sebanyak RM60. Driver kami ini merangkap jadi tourist guide kami yang mana beliau membawa kami sendiri  ke tempat-tempat menarik di Jeju Island ini.


Jumbo taxi yang kami naiki 



Antara tempat yang kami sempat lawati semasa di Jeju Island dengan menaiki teksi berkenaan :

1. Jeongbang Waterfall

Air terjun ini merupakan antara air terjun yang popular di Pulau Jeju. Uniknya air terjun ini satu-satunya di Asia yang airnya jatuh terus ke dalam lautan.  Ianya dikategorikan sebagai Yeongjusipgeong, one of 10 scenic wonder of Jeju Island.

Untuk ke sini kita perlu berjalan sedikit dan perlu melalui anak tangga yang curam dan licin. Sekiranya tidak mahu turun anda juga boleh mengambil gambar di viewpoint yang disediakan.



Kita boleh berjalan-jalan di sekitar air terjun ini semasa air surut



Pemandangan di sekitar air terjun



2. World Seashell Museum

Korea merupakan antara negara yang mementingkan arkib kepada semua khazanah dan sejarah negaranya maka terdapat banyaklah muzium di negara ini. Kami telah berkunjung di World Seashell Museum di Jeju Island yang menempatkan koleksi pelbagai karangan laut. Walapun koleksinya tidak lah menarik hati kita nak berlama lama di sini tetapi kami menghabiskan masa 2 jam di sini gara-gara shopping mutiara di gift shop di muzium ni...

Antara koleksi yang dipamerkan



3.  Jeju Folk Village

Kami menghabiskan masa selama 3 jam di Jeju Folk Village dek keluasan tempat ini. Perkampungan ini seluas 40 ekar dan merupakan satu pameran kehidupan penduduk Jeju di tahun 1890 an. Antara yang dipamerkan adalah pelbagai rumah orang Jeju, perkakasan penduduk Jeju dan juga Daejanggeum Mini Theme Park. For flower lover macam saya, tempat ini amat menarik dikunjungi semasa musim bunga kerana perkampungan ini kelihatan berseri diwarnai oleh bunga-bunga yang berkembangan.
Antara bunga-bunga yang berkembang di sini





Rumah orang Jeju




 
Patung penduduk Jeju di dalam rumah yang dipamerkan
Tandas orang Jeju

4. Seongsan lchulbong
Tempat terakhir yang kami kunjungi pada hari berkenaan adalah Seongsan Ilchulbong. Tempat ini merupakan tempat wajib yang dikunjungi kalau ke Pulau Jeju. Ianya merupakan satu kawah yang terjadi hasil daripada letusan gunung berapi 100,000 tahun dahulu. Kawah ini seluas 600m dan 90m dalam. Ramai orang datang ke sini untuk melihat matahari terbit (katanya sangat cantik) dan perlu bermalam di tempat berhampiran dengannya. Teringin juga nak lihat sunrise kat sini tapi oleh kerana kami tidak segigih itu kami hanya berkunjung di sini di sebelah petang. Nak masuk ke tempat ini kena bayar 2000 won (RM6). Di pintu masuk banyak sangat kedai souvenir yang menjual cenderahati dengan harga yang murah. Disarankan beli di sini sekiranya anda ke Jeju Island kerana harganya berpatutan dan banyak pilihan.
Ramai juga yang memanjat ke atas untuk melihat kawah berkenaan dengan lebih dekat dan juga melihat pemandangan sekitarnya dari atas puncak. Ada tangga dan laluan disediakan untuk ke atas tetapi kami tidak sampai ke puncak. Separuh jalan sudah tak larat. Memang memerlukan stamina untuk panjat ke atas.  
Seongsan Ilchulbong
Sikit je lagi kami nak sampai tapi sudah tiada kudrat

Gigih sungguh warga emas Korea ini..

Inilah laluan yang kami lalui sebelum ini.  Jauh sebenarnya dari parking lot.

 

Pertunjukan female diver di situ. Tengok dari atas je. Tak sanggup kami nak turun ke bawah dan kemudian kena panjat balik ke atas

 
 Ladang canola yang yang terletak berhampiran


Kami akhiri perjalanan kami pada hari tersebut dengan singgah di ladang tangerine (limau mandarin Korea) untuk membeli buah limau sebagai ole -ole untuk di bawa balik ke Malaysia. Rasa buah limau Jeju ni tak berapa manis. Masam sedikit. Harga RM10 sekilo.


Blog berkaitan:

Jalan - jalan Korea 2012: Yeosu World Expo






















0 comments:

Post a Comment