Sunday 2 October 2016

Jalan - jalan Korea 2013: Autumn di Busan dan Seoul

 
5 - 14 November 2013

Bandaraya Seoul memang indah semasa musim gugur. Semasa kami berkunjung ke sini pada November 2013, Seoul sedang berada di penghujung musim gugur. Kebanyakan pokok - pokok yang ada di sekitar bandaraya ini telah bertukar warna daripada hijau kepada warna kuning dan merah. Ada juga pokok yang telah bertukar warna kepada coklat dan juga ada yang telah gugur daunnya. Cuaca pada masa tersebut sangat sejuk iaitu puratanya  5c di sebelah siang dan 2c pada sebelah malam.

Kami sebelum ini berada di Busan dan untuk ke Seoul kami telah menaiki keretapi selama 5 jam. Sebenarnya ada keretapi laju untuk ke Seoul daripada Busan tetapi kami memilih menaiki keretapi biasa untuk menjimatkan kos. Harga keretapi laju adalah RM150 sehala manakala keretapi biasa harga tiketnya hanya RM50 sahaja sehala untuk seorang. Selepas didarabkan dengan 6 orang, kami dapat jimat  RM1200 for return trip. Banyak tu.

Semasa kami di Busan, kami tidak dapat menikmati sepenuhnya pemandangan di musim gugur kerana pemandangan musim gugur di Busan tidak berapa kelihatan dan hanya lebih tertumpu di kawasan bukit. Bandar ini terletak di tepi pelabuhan dan laut, maka kuranglah pokok maple dan gingko yang ada di sekitarnya.  Namun di Busan Station, tempat kami menaiki keretapi ke Seoul, kami dapat menyaksikan pokok sakura yang telah bertukar warna kepada merah. Tetapi warna merah pada pokok ini tidaklah berapa terang dan cantik seperti pokok maple.
  
 Busan Station

Pokok Sakura telah bertukar warna di sekitar Busan Station
Semasa kami menaiki keretapi ke Seoul kami boleh melihat pemandangan musim gugur yang indah di sepanjang perjalanan. View yang boleh dilihat termasuk tasik-tasik, gunung ganang, ladang-ladang, pekan dan bandar-bandar.  Kebanyakan pokok di sekitar tempat ini telah bertukar warna kepada merah dan kuning.
Pemandangan dari tingkap keretapi daripada Busan ke Seoul


 





Berbeza daripada Busan, banyak tempat di Seoul yang kita boleh nikmati pemandangan musim gugur yang indah. Berikut adalah tempat yang kami telah kunjungi di Seoul yang kami dapat saksikan pemandangan indah ini :


Lotte World ( 6 November 2013)
Untuk ke sini: Naik subway ke Jamsil Station, Exit 4

Taman Tema Lotte World juga indah semasa musim gugur. Terdapat banyak pokok maple dan sakura di tanam di sekitar taman tema ini












Seoul Tower (7 November 2013)
Untuk ke sini: Naik subway ke Chungmuro Station, Exit 3 dan dari sini naik bas Namsan Sunhwan Shuttle Bus No.2

Di Seoul Tower musim gugur di sini sudah di penghujungnya kerana kebanyakan daun pokok telah mula gugur daunnya dan bertukar warna kepada warna coklat. Namum masih ada lagi pokok - pokok yang masih mempunyai daun-daun merah dan kuning  semasa kami berkunjung ke sini.

Seoul tower



Daun pokok maple di sini yang masih merah


Pemandangan bandar Seoul dari kawasan Seoul Tower


Pesembahan seni mempertahankan diri yang diadakan di sini


 Couple padlock di Seoul Tower





Namsangol  Hanok Village (7 November 2013) 

Untuk ke sini: Naik subway ke Chungmuro Station, Exit 3

Tempat ini pun indah semasa musim gugur sebab banyak pokok maple di sini tetapi kebanyakan warna daunnya sudah bertukar kepada coklat dan ada juga yang sudah gugur

Daun pokok banyak sudah gugur





Ada juga pokok yang baru bertukar warna




Olympic Park (8 November 2013) 

Untuk ke sini: Naik subway ke Olympic Park Station, Exit 3

Olympic Park agak jauh dari bandaraya Seoul namun untu ke sini adalah berbaloi di musim gugur. Di sini terdapat deretan pokok gingko yang daunnya bertukar kepada kuning di musim gugur dan apabila daunnya berguguran menambahkan keindahan tempat ini. Di samping itu terdapat sebuah tasik dan kita terasa damai dan tenang di sini. Untuk pencinta muzium di sini terdapat Muzium Bakje yang menyimpan koleksi dan mengtengahkan kegemilangan kerajaan ini di masa lampau. Tempat ini dulu merupakan tempat pemerintahan kerajaan Bakje 3000 tahun dahulu.

Deretan pokok gingko di sini

Tasik di taman ini






Seoul Grand Park  (8 November 2013) 

Untuk ke sini: Naik subway ke Seoul Grand Park Station, Line 4, Exit 2

Seoul Grand Park sangat luas dan menempatkan Seoul Grand Park Zoo, Children's Zoo, taman bunga ros, Seouland (taman tema)  dan juga National Museum of Modern and Contemorary Art. Kami hanya melawat zoo sahaja di taman ini dan bayaran masuk agak murah iaitu RM12 seorang. Tempat ini memang disarankan pergi semasa musim gugur kerana tempat ini terdapat banyak pokok maple, gingko dan lain-lain species pokok yang daunnya bertukar warna semasa musim gugur.
 





















 
Blog Berkaitan;
 

Jalan - jalan Korea 2012: Jeju Island
Jalan- jalan Korea 2012 : Menikmati makanan Korea di Jeju Island








0 comments:

Post a Comment