Sunday 2 October 2016

Jalan - jalan Korea 2013 : Sepetang di Taejongdae Park


3 November 2013

Taejongdae merupakan sebuah taman yang wajib dikunjungi sekiranya berkunjung di Busan, Korea Selatan. Ianya terletak di penghujung pulau Yeongdo-gu dan terkenal dengan kecantikan tebing tinggi yang menjulur ke laut terbuka. Katanya di sini kita boleh melihat PulauTsushima, Jepun sekiranya cuaca mengizinkan. Namun sewaktu kami berkunjung ke tempat ini, kami tidak dapat menyaksikan pulau ini kerana cuaca berjerebu.

Untuk ke sini kami menaiki bas bernombor 101 (harga tiket RM3 one way), yang kami naiki dari bus stop, terletak dalam 200 meter dengan hotel kami. Semasa di Busan kami menginap di Hotel Sam Won Jang dengan bayaran RM90 semalam sebilik untuk 3 orang. Harga hotel agak murah dan lokasi hotel ini memudahkan kami untuk ke mana-mana kerana berdekatan dengan bus stop dan Jagalchi Station. Jagalchi Market juga sangat dekat dengan hotel kami ini iaitu dalam lingkungan 300 meter sahaja dari hotel ini. Ini memudahkan kami untuk membeli makanan mentah dan juga makan di gerai ikan bakar yang menyajikan ikan bakar, nasi dan side dishes dengan harganya agak murah iaitu dalam 6000 - 8000 won untuk 3 orang (bergantung dengan jenis ikan yang kita pilih) .


Hidangan ikan bakar dan side dishes berharga 6000 won ( RM18++) untuk tiga orang

Jagalchi Market
 Makanan laut yang segar di Jagalchi Market. Harga agak berpatutan

 Pemandangan yang boleh dinikmati di sekitar pasar ini yang brdekatan dengan bukit dan pelabuhan





Berbalik pada cerita trip kami ke Taejongdae, kami tak perlu risau memikirkan di mana kami perlu turun dari bas kerana taman ini terletak di perhentian terakhir bas ini. iaitu bus stop Taejongdae. Selain dari naik bas 101, pengunjung boleh juga menaiki bas Busan City Tour: Taejongdae Tour (sekarang dikenali jumbo bus) dari Busan Station untuk ke sini. Harga tiket 15000 won (dalam RM50 ++) dan tiket ini juga boleh digunakan untuk menaiki Busan City Tour yang lain seperti Red, Blue dan Green line.  Maklumat lanjut boleh dirujuk pada web site ini : http://www.citytourbusan.com/en2/02course/05.php

Dari sini kami perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit untuk ke pintu masuk taman ini. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Namun kita perlu membayar tiket untuk menaiki Danubi Train yang boleh dinaiki 15 minit dengan berjalan kaki dari pintu masuk. Kita boleh memilih untuk tidak menaiki train ini dan berjalan sahaja untuk ke tempat menarik di taman ini tetapi kita perlu berjalan agak jauh kerana taman ini luas.

Waktu kami sampai barisan pengunjung untuk menaiki keretapi ini sangat panjang. Kebanyakan pengunjung adalah warga emas Korea. Selepas beratur selama 30 minit kami akhirnya berjaya menaiki Danubi Train ini dan berhenti di Lighthouse stop.

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu kami di sini...
Kettle Island yang boleh dilihat dari observation deck


 

Tebing- tebing tinggi di sini









 Ada gerai makanan laut di sini yang menghidangkan makanan laut yang segar. Kami tak cuba makan di sini jadi tak boleh nak  komen sedap ke tidak


 Pameran gambar Choi Jiwoo (heroin filem Winter Sonata) di observation deck

 Pemandangan remang-remang senja di sini





Di sini ada Perpustakaan Mini yang berdinding kaca yang memungkinkan kita membaca buku sambil menghirup pemandangan indah pantai di sini. Buku-buku di sini kebanyakannya dalam bahasa Korea.


Kami tidak habis berjalan-jalan di taman ini kerana hari sudah senja. Kami menaiki Danubi Train yang sama untuk balik ke pintu masuk taman berkenaan. Kesimpulannya Taejongdae Park ini memang cantik dan memang berbaloi berkunjung ke sini kalau anda ke Busan.




0 comments:

Post a Comment