Sunday 18 December 2016

Jalan - jalan Jepun 2015: Hari pertama




6  November 2015

Sudah lama saya bercita - cita hendak ke Jepun. Mula - mula kami dah tempah flight ke Nagoya pada bulan penghujung Mac tapi Airasia cancel flight. Terpaksa tukar plan. Dari nak tengok bunga sakura kami tengok autumn pulak. Akhirnya pada November 2015,  kami diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk ke sana.  Kami ke Jepun selama 8 hari 7 malam. Destinasi pertama kami ke Jepun ini adalah Tokyo. Kami tak lama  di Tokyo. Hanya 3 hari 2 malam sahaja. Hari yang selebihnya kami ke tempat lain.

Ke Tokyo

Kami ke Jepun dengan menaiki flight Airasia dengan kos sebanyak RM700++ seorang return. Nak kata murah sangat lah pun tidak lah juga tetapi harga agak ok dibandingkan dengan airline lain.

Kami bertolak dari kuala Lumpur pada pukul 2.40 p.m dan sampai di Lapangan Terbang Haneda pada pukul 10.30 p.m. Urusan imigresen dan bagasi agak slow jugaklah di airport. Kami terkejar-kejar juga di sini sebab  takut terlepas keretapi terakhir ke hotel. Kalau tak sempat alamatnya kena tidur di airport ataupun naik teksi ke hotel. Rasanya tidur kat Haneda Airport ni ok juga sebab kerusi kat sini selesa dan kemudahan  tip top. Hotel kami dah bayar siap-siap jadi rugilah kalau tak tidur di hotel malam tu.

Alhamdulilah dapat juga kami menaiki keretapi terakhir ke stesen Keikyu Kamata.  Perjalanan dari lapangan terbang ke stesen ini hanya memakan masa selama 7 minit sahaja. Kos keretapi ni 300 yen (dalam RM10) seorang. Tiket kami beli dari mesin. Mula-mula tu tergagau juga nak gunakan mesin ni apatalah lagi bila rushing.

Hotel

Hotel kami ni dekat je dengan stesen keretapi Keikyu Kamata iaitu dalam 200 meter tapi bila dah malam dan di tempat asing memang tercari-cari dan tak jumpa hotel . Akhirnya kami minta bantuan dengan satu pasangan kekasih yang kebetulan lalu di situ. Walaupun tak fasih berbahasa Inggeris dan tak berapa pasti kat mana hotel ni pasangan ni memang helpful. Siap tunjuk arah sampai hantar ke pintu hotel. Memang betul orang kata orang Jepun ni memang suka membantu.

Kami menginap di Chisun Inn Kamata. Kos RM320 semalam untuk bilik private untuk 3 orang (kat Jepun ni kebanyakan hotel mengenakan bayaran juga untuk kanak-kanak). Harga bilik untuk seorang dan dua orang lebih murah lagi sebab hotel mengenakan bayaran ikut jumlah penginap.  


Bilik agak sempit (rata-rata bilik kat Jepun ni kami stay memang sempit). Selain dari tuala, 2 pasang yukata diberi untuk digunakan setiap malam. Jadi bolehlah nak merasa guna yukata Jepun. Kat hotel ni ada perkhidmatan mesin basuh dan dryer. Bolehlah nak cuci baju tapi pengeringnya tak berapa elok. Baju tak berapa nak kering.
Tandas di bilik hotel ada bidet dan agak selesa


Hotel Chisun Kamata Inn ni terletak di antara dua stesen keretapi; Keikyu Kamata dan stesen Kamata. Keretapi dari stesen Kamata ni milik Japan Rail jadi kami boleh menggunakan JR Pass dengan keretapi ni. JR Pass tak boleh digunakan di keretapi Stesen Keikyu Kamata. Dari Haneda airport ke hotel atau vice versa lebih mudah dan pantas menggunakan keretapi di stesen Keikyu Kamata. Stesen ini juga lebih dekat iaitu berjarak 200 meter dibandingkan dengan stesen Kamata yang berjarak 700 meter dari hotel. 

Stesen Kamata


Hotel ini terletak 30 minit ke bandaraya Tokyo dengan keretapi. Agak jauh tetapi kami memilih hotel  ni di atas faktor harga  dan mudah untuk ke lapangan terbang dan ke stesen keretapi tanpa menapak jauh.

 Sim kad
Waktu check in hotel, receptionist hotel menyerahkan kepada kami sim kad yang kami sewa daripada Sakura Mobile. Kat Jepun ni memang tak boleh nak beli sim kad macam kat negara lain. Foreigner kena sewa sim kad kalau nak guna. Kami tempah sewaan sakura mobile ni secara online dan minta mereka hantar sim kad tu ke hotel pada tarikh ni. Lepas guna sim kad ni kami kena pulangkan balik dengan mengepos sim kad ni menggunakan sampul yang diberikan di peti surat di lapangan terbang Haneda. Proses nak guna sim kad agak mudah. Hanya ikut arahan yang disertakan bersama sim kad berkenaan. Kos 7 hari sewa adalah 5850 yen (dalam RM150++) bersama dengan 5GB data internet. Murah lagilah daripada buat roaming. Data internet 5GB tu macam tak habis-habis sehingga kami pulangkan sim kad berkenaan walaupun anak saya kuat juga layan youtube. Network laju walaupun atas puncak gunung, melalui terowong dan di kawasan terpencil. Takde masalah nak akses internet. Maklumat lanjut sakura mobile boleh dirujuk di alamat url https://www.sakuramobile.jp/
 Sim kad sakura mobile (source: sakuramobile.jp)
Selepas urusan check in, bersihkan diri, solat dan sebagainya akhirnya kami dapat melelapkan mata dalam pukul 2 pagi. Kami dah dinner dalam flight sebelum ni jadi tak de lah nak sibuk nak makan lagi.
 
Blog Berkaitan;
 
 

0 comments:

Post a Comment