Friday 18 November 2016

Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Tateyama Kurobe Alpine Route Bah.2


4. Kurobeko - Kurobedaira
Pengangkutan : Kurobe Cable Car

Kami meneruskan perjalanan di Tateyama Kurobe Alpine Route ini dengan menaiki  cable car selama 5 minit dari Stesen Kurobeko untuk ke stesen Kurobedaira.

Kurobe Cable Car

Kurobe Cable Car ini merupakan satu-satunya kereta kabel yang beroperasi di bawah tanah di Jepun. Ianya membawa penumpang ke ketinggian 373m dalam masa 5 minit untuk ke stesen Kurobedaira. Sepanjang dalam perjalanan singkat ini kami melalui terowong gelap di bawah tanah tanpa apa-apa pemandangan yang boleh dilihat.
 
5. Kurobedaira - Daikanbo
Pengangkutan: Tateyama Ropeway
Oleh kerana tidak ramai pengunjung kami terus menaiki ropeway dari stesen Kurobedaira ke Daikanbo tanpa menunggu lama. Perjalanan ropeway ini sejauh 1.7 km dan hanya memakan masa selama 7 minit sahaja.   Dikatakan dari atas ropeway ini kita boleh menyaksikan pemandangan menakjubkan; Gabungan Northern Japanese Alps dan Kurobe Dam. Tetapi sayangnya pemandangan kami dikaburi dengan kabus..langsung tak nampak apa-apa.  Sama juga pemandangan yang kami saksikan di stesen Daikanbo. Hanya kabus semata-mata. Kecewa sungguh.

Tateyama Ropeway (source:Japan-guide.com)

Inilah view yang kami dapat lihat di sekitar stesen Daikanbo. Kalau cuaca baik di katakan pemandangan di sini memang cantik
 
 Pemandangan autumn di sini .Sudah tinggal saki baki.



Buah ni banyak di dahan pokok-pokok di sini. Tak tahu buah apa ni..macam sodap je



Di stesen Daikanbo ini ada cafĂ©, kedai cenderahati dan kemudahan toilet. Barang-barang cenderahati yang dijual di sini kebanyakannya adalah snack Jepun. Kebanyakan snack ini ada disediakan sample untuk testing. Harganya tidak jauh bezanya dari tempat lain.
 
Kedai cenderahati di stesen Daikanbo. Hasil tangkapan kami di sini adalah pelbagai snack dan fridge magnet


6. Daikanbo - Murado
Pengangkutan : Tateyama Tunnel Trolley Bus

Di stesen Daikanbo ini kami menaiki Tateyama Tunnel Trolley bus untuk ke Murodo. Bas ini  menggunakan kuasa elektrik yang melalui terowong menembusi Gunung Tateyama. Perjalanan menaiki bas ini pun tak lama iaitu hanya 7 minit sahaja untuk perjalanan sejauh 3.7 km.

Murodo merupakan kawasan yang paling tertinggi di route ini dan di sinilah juga terletaknya Hotel Tateyama, hotel yang terletak di tempat paling tinggi di Jepun. Harga hotel ini memang mahal dan tidaklah mampu untuk kami bermalam di situ.

Restoran hotel ini ada menyajikan makanan halal tetapi kita perlu menempah awal terlebih dahulu melalui email. Oleh kerana kami sampai di Murado pada pukul 3.00 p.m, restoran ni dah tutup. Tak sempat lah kami nak lunch di situ walaupun sudah membuat tempahan.Nasib baik kami ada bekal onigiri yang dibeli di stesen Nagano. Kalau tidak kelaparanlah kami.

Di musim bunga dan awal musim panas, pengunjung boleh menyaksikan tebing salji (snow wall) yang boleh mencecah setinggi 20 meter tinggi di Murado.

Oleh kerana kami pergi sewaktu musim gugur, kami tidaklah dapat menyaksikan snow wall tersebut. Namun, walaupun di musim gugur, salji sudah mula turun di Murado semasa kami ke sana. Kawasan di Murado sedang dilitupi oleh salji yang mula mencair dan rumput-rumput di situ masih berwarna merah. Gabungan pemandangan musim gugur dan salji ini memang cantik sangat.

Stesen Murado


 
Salji mula mencair di sini




 Cuaca dingin dan berkabus di Murado




 
Hotel Tateyama


Mikurigaike Pond yang terletak sejauh 500  meter dari stesen Murado



Hiking trail di Murado

First time kami ni tengok salji so agak excited. My son siap baring-baring di atas salji dan buat snowman. Tapi lama-lama kami tak tahan sejuk dan lari balik ke stesen Murado untuk panaskan badan. Suhu masa tu 2c.



 

Kami panaskan badan dan solat di Murado Visitor Information Centre. Waktu kami di sini tempat ni sunyi tanpa pengunjung. Petugas pun takde.  So bolehlah bersolat dan lepak-lepak di sini dengan aman

7. Murado -  Bijodaira
Pengangkutan : Tateyama Highland Bus

Kami menghabiskan masa di Murado selama 2 jam sebelum kami menaiki bas terakhir untuk  ke Bijodaira. Permandangan turun ni memang cantik dan jelas kelihatan banjaran gunung-gunung di sini tetapi agak sukar mengambil gambar kerana bas bergerak laju dan jalan berpusing-pusing. Kalau di musim bunga bas ini akan melalui snow wall yang famous tu di jalan ini.

Tateyama Highland Bus


Gambar Japanese Alps  yang berjaya dirakam atas bas


8. Bijodaira  - Tateyama Station
Pengangkutan : Cable Car

Perjalanan kami dari Murado dengan highland bas ke stesen Bijodaira memakan masa selama 50 minit.  Bijodaira terkenal dengan hutannya yang dipenuhi dengan pokok cedar dan pokok beech yang bersaiz besar dan menarik. Sayangnya kami tidak dapat berjalan - jalan di sekitar Bijodaira kerana hari sudah malam. Malam memang cepat daripada waktu biasa di musim luruh.

Dari Bijodaira kami menaiki cable car selama 7 minit ke Tateyama Station. Dalam cable car ni kami kena bersesak-sesak kerana ramai pengunjung hendak balik ke destinasi masing-masing.

Tateyama Cable Car (source:Wikipedia)



9. Tateyama Station - Dentetsu Toyama
Pengangkutan : Keretapi

Dari Tateyama Station kami menaiki local train untuk ke Dentetsu Toyama station (destinasi terakhir kami).  Perjalanan ke stesen terakhir kami ini memakan masa selama sejam. Boleh dikatakan setiap 5 minit keretapi ini akan berhenti di setiap stesen yang dilaluinya. Oleh kerana hari sudah malam kami tidak dapat menyaksikan pemandangan yang dilalui. Pemandangan yang dilalui ini pastinya indah di musim gugur ini.

Kami sampai di stesen Dentetsu Toyama pada pukul 8 malam dan menikmati makan malam kami di restoran Lotteria yang terletak di stesen ini. Kami memesan set burger udang dan fries di sini. Katanya halal sebab minyak menggoreng tidak bercampur dgn yang lain. Allahualam. Tawakal je lah.  Di Toyama hanya ada satu restoran halal yang diketahui. Tapi tempatnya jauh dari stesen Toyama dan tak pasti di mana.

Walaupun penat, sebelum balik ke hotel sempat lagi kami ber window shopping di shopping kompleks yang terletak di stesen yang sama. Harga barangan agak mahal..so akhirnya kami tak beli apa-apa.

Blog berkaitan:
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Takayama
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2





 

 
















 

0 comments:

Post a Comment