Sunday 13 November 2016

Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Tateyama Kurobe Alpine Route Bah.1

  



10 November 2015

Hari ini adalah hari ke 5 kami di Jepun.  Agenda kami hari ini adalah untuk ke Tateyama Kurobe Alpine Route yang famous dengan snow wall di musim bunga. Oleh kerana kami pergi di musim gugur, kami tak  dapatlah untuk melihat snow wall yang famous tu tapi kami tetap nak ke sana untuk merasai musim gugur dan snow di Murado. Katanya snow dah turun di Murado seawal bulan Oktober lagi.

Kami bertolak awal untuk ke sana sebab kami buat day trip sahaja dari Toyama. Dari hotel kami berjalan kaki selama lima minit sahaja untuk ke stesen Toyama . Di stesen Toyama kami menaiki keretapi Shinkansen Hakutaka ke stesen Nagano.
 
Cuaca masa tu mendung je dan macam nak hujan. Mula-mulanya berbelah bahagi juga nak pergi ke tak mengenangkan cuaca yang tak berapa elok.  Tapi ingatkan anak yang dah excited nak main snow kami teruskan juga plan . Apa-apapun Tateyama Kurobe Alpine Route ni memang terkenal dengan pemandangannya yang indah tidak kira apa musim pun. Walaupun cuaca tak berapa baik pastinya ada pemandangan menarik menanti kami.

Untuk ke sana ada dua arah yang boleh kita ikuti iaitu samada daripada Matsumoto/Nagano ataupun dari Toyama. Kami memulakan perjalanan daripada Toyama untuk ke Nagano dan akan berakhir di Toyama juga.

Route ini sebenarnya merupakan satu perjalanan merentasi Japanese Alps dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan iaitu bas, trolley bas, cable car, ropeway dan keretapi. Sebenarnya attraction tempat ini adalah perjalanan unik yang dilalui dan bukannya destinasi yang ditujui.

Perjalanan menaiki kenderaan - kenderaan ini agak mahal iaitu 12090 yen (RM486) seorang sehala daripada Ogizawa ke stesen Dentetsu Toyama . Kos dari Toyama ke Nagano sudah termasuk di dalam Japan Rail Pass kami. Jadi kami tidak perlu membayar tiket untuk ke Nagano.
Maklumat lanjut berkenaan route ini boleh dirujuk di alamat url http://www.alpen-route.com/en/ 
 
Route map (source: Tateyama Kurobe Alpine Route Official Website)


1. Toyama ke Nagano
Pengangkutan : Keretapi Shinkansen
 
Perjalanan kami daripada Toyama ke Nagano tidak memakan masa yang lama iaitu selama sejam sahaja. Perjalanan kami diwarnai dengan permandangan indah musim gugur iaitu melalui kawasan bukit bukau,ladang-ladang dan gunung - ganang. Pokok - pokok semuanya telah bertukar warna kepada merah, kuning dan coklat. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya sayangnya saya tidak dapat berkongsi di sini kerana keretapi ini bergerak terlalu laju. Kualiti gambar diambil memang blur.
 Stesen Nagano

Bas ke Ogizawa terletak di tingkat bawah stesen Nagano

Pemandangan musim gugur di kawasan stesen berkenaan


2. Nagano ke Ogizawa
Pengangkutan : Local Bus

Kami tidak menunggu lama untuk menaiki bas ke Ogizawa dari stesen berkenaan. Kami hanya menunggu selama 5 minit dan bas bergerak lima minit kemudiannya. Tiket bas kami beli daripada pemandu dengan kos sebanyak 2060 yen. Bas ini adalah berkonsepkan free seating.  Kami duduk di sebelah depan sekali bagi membolehkan kami melihat pemandangan dengan lebih jelas.

Pemandangan yang dilalui memang cantik sangat di musim gugur ini. Bukan sahaja pemandangannya cantik dengan sungai-sungai mengalir yang berwarna hijau tetapi ianya juga diserikan dengan pokok yang bertukar warna di sekelilingnya. Pokok pisang kaki (persimmon) dan epal juga sedang sarat berbuah dan boleh dilihat di kebanyakan tempat. Kalau kami drive sendiri ke sini rasanya tak kan sampai ke Ogizawa dengan pantas kerana sibuk berhenti ambil gambar. Tetapi sayangnya tidak...

Gambar - gambar yang di ambil dari atas bas





















Cuaca masa tu tidak menyebelahi kami. Redup, berkabus dan kadang- kadang hujan. Kalau cuaca cerah saya pasti viewnya pasti lebih lawa lagi.

Kami sampai di Ogizawa setelah sejam dalam perjalanan. Sampai - sampai terasa sangat sejuk di sini. Ogizawa masa tu berkabus dan berangin. Pemandangan di sekeliling juga tak berapa jelas dikaburi kabus.

Di Ogizawa kami membeli tiket untuk semua kenderaan di sepanjang route berkenaan. Mudah kalau beli sekali dan tak payah setiap kali naik kenderaan kena beli tiket. Kelihatan tak ramai pengunjung ke sini, maybe sebab low season dan cuaca yang kurang baik.

3. Ogizawa - Kurobe Dam
Pengangkutan : Bas Tunnel Trolley

Dari Ogizawa kami menaiki Kanden Tunnel Trolley Bus untuk ke Kurobe Dam. Bas ini melalui terowong untuk ke sana dan memakan masa selama 16 minit untuk perjalanan sejauh 6 km.

Terowong dilalui oleh bas trolley
 

Sampai di stesen Kurobe Dam ni kami terus menaiki tangga yang curam dan banyak  untuk ke Dam Observation Deck. Memang semput dan rasa macam nak give up untuk meneruskan perjalanan

Sebelum sampai di Observation Deck kita akan jumpa cafe yang juga beroperasi sebagai kedai cenderahati. Bolehlah singgah di sini untuk makan, minum, beli cenderahati, ke tandas atau sekadar lepak-lepak untuk panaskan badan
 
Dari Observation Deck kita boleh menyaksikan pemandangan empangan Kurobe ini yang telah mengorbankan 171 daripada 10 juta orang yang terlibat membinanya.


Masa ni dah di hujung musim gugur jadi Pokok - pokok di sekeliling empangan ini telah bertukar warna kepada coklat dan banyak yang telah mengugurkan daunnya. Kalau kami datang ke sini pada bulan Oktober daun - daun di sini pastinya masih merah lagi dan pemandangannya pasti akan lebih indah lagi



Di Observation Deck ini kita boleh juga memanjat tangga lagi seperti gambar di bawah untuk berada di puncak empangan. View pasti lebih awesome kat atas tu.Tapi kami tidaklah segigih itu.


Selepas menghabiskan masa kira - kira setengah jam di observation deck dan café, kami menuruni tangga yang kami naiki sebelum ini dan berjalan merentasi empangan untuk ke stesen cable car di bahagian empangan yang satu lagi.


Kami perlu berjalan merentasi empangan ini lebih kurang 20 minit untuk ke stesen cable car. Oleh kerana cuaca masa tu sejuk sangat hingga ke tulang (suhu 3c)  dan udara agak nipis di tempat tinggi ini perjalanan 20 minit ni memang mencabar.


Bersambung di entri Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Tateyama Kurobe Alpine Route Bah.2
 
 
Blog berkaitan:
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Takayama
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2


































































0 comments:

Post a Comment