Sunday 20 November 2016

Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Kamikochi


 

11 November 2015

Plan kami hari ini adalah untuk ke Kamikochi yang terletak sejam perjalanan dari Takayama. Awal pagi kami sudah bangun untuk berkemas dan check out hotel kami di Toyama. Dari Toyama kami akan menaiki train ke Takayama dan seterusnya ke Kamikochi dengan bas.

Kami sepatutnya menaiki direct train dari Toyama ke Takayama pada pukul 8.00 a.m tetapi kami telah ketinggalan keretapi ini. Keretapi di negara matahari terbit ini memang punctual. Lewat seminit pun akan kena tinggal. Ini adalah kali kedua kami kena tinggal keretapi. Sebelum ini kami ketinggalan keretapi dari Kanazawa ke Toyama. Nasib baik kami menggunakan JR Pass kalau tidak kami perlu membeli tiket keretapi sekali lagi. 

Oleh kerana sudah ketinggalan keretapi kami kena menaiki local train ke Inotani dan kemudiannya menukar train dari situ untuk ke Takayama. Harga direct train Toyama ke Takayama berharga 3160 yen (RM120)  tetapi harga local train ini jauh lebih murah iaitu  berharga 1660 yen (RM65) sahaja.  Hanya local train ini memakan masa extra setengah jam dan penumpang perlu menukar train di stesen Inotani. Agak leceh kalau anda ada banyak luggage.

Oleh kerana kami menggunakan JR Pass faktor harga tidaklah kami ambil kira. Sebaiknya kami naik direct train tapi apa boleh buat..

Sebenarnya ada hikmah kami ditinggalkan keretapi ini. Dengan local train kami dapat menikmati permandangan di sepanjang perjalanan kerana keretapi ini bergerak perlahan dan asyik berhenti. Bolehlah buat aktiviti snappy.

Keretapi dari Toyama ke Inotani agak sesak dengan penumpang termasuk pelajar sekolah. Tak tahulah pukul berapa sekolah bermula di Jepun ni sebabnya pada pukul lapan lebih budak-budak ni baru nak ke sekolah. Keretapi ke Inotani ni free seating jadi mula - mula kami berdiri dan selepas 10 minit baru dapat duduk apabila ramai penumpang termasuk budak - budak sekolah ni turun.

Manakala keretapi dari Inotani ke Toyama memang agak kosong. Kami dan beberapa pelancong dari Eropah sahaja yang menaiki train. Memang rasa selesa dan boleh nak duduk di mana.

Inilah train yang kami naiki dari Inotani ke Toyama.
View di sepanjang perjalanan memang cantik sangat di musim gugur ini. Keretapi ini  melalui kawasan hutan, gunung ganang, menyelurusi sungai berwarna hijau dan jernih, ladang-ladang dan kampung-kampung. Kebanyakan pokok sudah bertukar warna kepada kuning, merah, coklat dan ada juga yang sudah gugur daunnya. Sebenarnya train dari Toyama ke Takayama memang disenaraikan antara scenic train di Jepun ni. So sekiranya anda ke Jepun disarankanlah naik train ini.

Malas nak cerita panjang-panjang..biarlah gambar berbicara.
















Kami sampai di Takayama tepat pada pukul 10.18 a.m. Sampai - sampai kami terus ke Takayama Information Centre untuk bertanya arah ke hostel kami. Hostel kami ni tak jauh daripada stesen Takayama. Hanya 5 minit berjalan kaki. Nama hostel kami ini adalah K House dan kos semalam bilik private bagi 3 orang (kanak-kanak pun dikira sama harga macam adult) adalah RM280.

Di Takayama ni takde restoran halal. Ada Muslim Friendly restoran tapi kita kena booking awal kalau nak makan dan masa beroperasinya agak terhad.

Oleh kerana kami tidak dapat check in lagi, so kami tinggalkan luggage kami di hostel ni dan terus ke Nohi bus terminal (terletak di sebelah stesen Takayama) untuk membeli tiket bas ke Kamikochi.

Oleh kerana selepas ke Kamikochi kami hendak ke Shin Hotaka dan esoknya kami hendak ke Shirakawago dan ke Matsumoto maka kami pun membeli tiket Alps Shinsyu/Hida Open Ticket yang berharga 10, 290 yen (RM408) yang membolehkan kami menaiki bas Nohi unlimited untuk 4 hari di laluan yang ditetapkan. Lebih menjimatkan lagi daripada beli satu-satu. Tiket bas ke tempat-tempat ni memang mahal.  Maklumat lanjut tentang jadual bas dan harga tiket boleh dirujuk di sini: https://www.nouhibus.co.jp/english/ticket/. Bas dari Takayama ke Hirayu Onsen dan dari Hirayu Onsen ke Kamikochi  dijadualkan setiap setengah jam.

Kos bas dari Takayama -Hirayu Onsen- Kamikochi berharga 5200 yen (RM206) return kalau tak guna tiket Alps Shinsyu ni. Kami kena tukar bas dari Hirayu Onsen untuk ke Kamikochi kerana tiada bas direct dari Takayam ke Kamikochi.

Hirayu Onsen ni bukan sahaja tempat pertukaran bas tetapi di sini terkenal dengan hot springnya dan aktiviti ski di musim sejuk. Oleh kerana kami ke sini di akhir musim gugur tidak kelihatanlah salji. Pokok-pokok juga banyak sudah togel tanpa berdaun. Di sini kemuncak musim gugur adalah pada akhir bulan Oktober. Jadi kami hanya dapat menyaksikan saki baki musim gugur. Namun tempat ini masih indah  walaupun bukan di musim puncaknya.

Stesen bas Hirayu Onsen dan pemandangan disekitarnya





 

Di stesen bas ni ada hotspring untuk merendam kaki. Memang sedap bila sejuk-sejuk begini dan meredakan kaki yang penat berjalan. Foot bath ni free sahaja

Pemandangan yang berjaya dirakam dalam bas dalam perjalanan ke Kamikochi. Kebanyakan pokok sudah togel tanpa berdaun.









Selepas menunggu bas selama setengah jam di Hirayu Onsen, kami menaiki bas selama 30 minit untuk ke Kamikochi.  Pokok - pokok di Kamikochi pun kebanyakannya sudah togel tetapi kami bernasib baik kerana cuaca cerah tanpa berkabus dan berawan masa tu. Jadi viewnya memang cantik dan awesome sangat. Terasa damai sangat tempat ni.Saya rasa inilah tempat terindah yang saya kunjungi di Jepun.

  Pokok togel di Kamikochi

Gandingan daun kemerahan dan kehijauan, pokok-pokok togel, langit kebiruan dan sungai kebiruan jernih mencipta satu pemandangan bak lukisan di Kamikochi ini




 

Kappabashi bridge

 

Tak ramai pengunjung ke sini sebab low season

Hiking trail di Kamikochi. Kalau kami tak kesuntukan masa nak juga berhiking di sini. Tapi takut juga sebab katanya banyak beruang di sini


Taman negara Kamikochi ni tidak sentiasa dibuka untuk pengunjung. Biasanya ianya ditutup di pertengahan bulan November dan dibuka semula di pertengahan bulan April. Kami amat bertuah kerana sempat ke sini semasa di Jepun dan dapat menyaksikan tempat ini semasa cuaca cerah.

Selepas menghabiskan masa selama 2 jam di sini kamipun menaiki bas ke Hirayu Onsen untuk menaiki bas ke Shin Hotaka Ropeway.

Tapi sayangnya kami terlepas bas pada pukul 4.30 pm. Kami kena menunggu sejam lagi sebab bas berikutnya pada pukul 5.30pm. Memang kami tak sempat untuk bersiar-siar di Shin Hotaka kerana hari akan gelap masa tu. Rasa sesal juga tak kesampaian ke Shin Hotaka Ropeway seperti yang dirancang. Nampaknya kena repeat trip ke Jepun lagi.

Akhirnya kami menaiki bas untuk Takayama. Perjalanan ke Takayama mengambil masa setengah jam. Sampai di Takayama hari sudah gelap. Memang cepat sungguh malam di sini di musim luruh.
Pada sebelah malamnya kami pusing-pusing di pekan Takayama ni. Pekan  ni di sebelah malam macam pekan mati. Sunyi dan sepi. Kedai pun banyak tutup. 

Nasib baik kedai -kedai souveniur  masih buka lagi. Dapatlah kami membeli cenderahati untuk sedara mara dan sahabat handai. Di Takayama ni banyak pilihan cenderahati dan harga pun lebih murah dari tempat lain yang kami kunjungi sebelum ini.

Blog berkaitan:

Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2



 

 

 

0 comments:

Post a Comment