Monday 21 November 2016

Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Takayama


12 November 2015

Pagi-pagi lagi kami sudah keluar dari hotel untuk berjalan - jalan di sekitar pekan Takayama. Kami tidak ada banyak masa di Takayama kerana kami akan pergi ke Shirakawago pada pukul 11.00 pagi dan kemudiannya terus ke Matsumoto untuk menaiki train ke Kawaguchiko. 
 
Dengan masa yang singkat yang kami ada, kami hanya berkesempatan jalan - jalan di sekitar Takayama Bridge,  morning market dan Takayama Jinga. Tempat- tempat ini dekat sahaja dari hostel kami. Kami hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk ke sana. Hanya cuaca di Takayama di sebelah pagi ni sejuk sangat. Memang tak tahan berjalan lama-lama.

Takayama Bridge



Suasana musim luruh  di  pekan Takayama

Pokok Gingko sudah bertukar warna kepada warna kuning




Bangunan tradisional Jepun di pekan Takayama 

Tempat pertama kami singgah adalah di Morning Market. Tak banyak peniaga di sini semasa kami di sini. Kebanyakan barangan dijual adalah hasil tanaman terutama buah epal dan makanan Jepun. Kat sini kami memborong buah epal pelbagai saiz. Epal sebesar guli pun ada dijual disini. Tak pernah kami jumpa epal kiut miut begini.  Harga epal saiz paling besar adalah 200 yen satu (epal ni memang big size, tak pernah juga jumpa epal sebesar ni). Makcik penjual kat sini pandai speaking English sikit-sikit. Siap boleh tanya saya datang dari mana
 

Selepas shopping di morning market ni kami pergi melawat bangunan Takayama Jinya, yang terletak di depan pasar pagi itu. Bangunan ini merupakan bekas pejabat kerajaan Jepun di zaman Edo sehingga tahun 1969 sebelum ditukar menjadi muzium. Bayaran masuk adalah 430 yen.

Pelawat perlu membuka kasut untuk masuk ke dalam bangunan ni. Terasa sejuk sangat kat dalam ni tanpa kasut. Pakai stoking pun terasa sejuk yang amat. Kami tak lama dalam bangunan ni sebab tak tahan sejuk tanpa kasut. Kaki terasa kebas dek sejuk.


Japanese garden di Takayama Jinya

Rumput di taman ini sudah bertukar kepada warna jingga



Daun pokok maple di taman ini yang bertukar kepada warna merah dan berguguran menambahkan kecantikan taman jepun ini











Storehouse di Takayama Jinya. Dulu asalnya tempat menyimpan beras



Selepas itu kami bergegas ke hostel untuk check out. Beg kami tinggalkan di hostel dulu sebab kami hendak ke Shirakawago pula.
 
Blog berkaitan:
 
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2
 
 










0 comments:

Post a Comment