Sunday 21 June 2015

Jalan-jalan New Zealand 2010 : Queenstown Gondola






15 November 2010

Selepas solat kami pergi ke Skyline Queenstown Gondola yang terletak di bandar Queenstown untuk menikmati pemandangan Tasik Wakatipu  dari atas bukit sebelum malam menjelma.

Gondola ini membawa penumpang ke Bob Peak yang terletak 450 meter dari bandar Queenstown.  Pemandangan di sini sangat indah yang mana kami boleh melihat  pemandangan 220 darjah kawasan ini. Pemandangan yang boleh dilihat adalah seperti bandar Queenstown, Tasik Waktipu, Coronet Peak, The Remarkables, Walter Peak dan Cecil Peak.  Kos naik gondola ni RM50 ++ seorang return. Sekarang dah makin mahal rasanya. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di url ni:  http://www.skyline.co.nz/queenstown/

Kami berada di sini sehingga malam jadi kami boleh menyaksikan tiga pemandangan iaitu pemandangan siang, senja dan malam. Pemandangan di sini cantik dan damai sangat tetapi kami tak tahan lama duduk di luar sebab sejuk sangat. Kalau tak mahu berjam jam duduk sini ...berkelah pun best. Gambar diambil pun agar blur sebab tangan ketar dek sejuk. Cuaca masa tu dalam 11c. Baju nipis je pakai jadi terasa sangat lah sejuknya.




 
 
aktiviti  makan - makan best  kat kerusi ni sambil layan view
 
 


Selepas "kenyang " bersantap dengan pemandangan ni kami pun turun dengan gondola yang sama. Ada pilihan lain seperti hiking turun ke bawah ataupun menaiki toboggan kalau tak nak naik gondola ni. Kami pilih naik gondola sahaja. gayat wei naik toboggan dan hiking pula sejuk gedik malam-malam ni. Kalau panas macam kat Malaysia takpe lah juga.

Kemudiannya kami pergi ronda-ronda cari cenderahati di pekan Queenstown. Rata-rata harga di sini standard dan tiada tawar-menawar. Harganya juga lebih mahal daripada Auckland. Kedai kat sini juga awal tutup. Pukul 9.00 malam kedai -kedai ni dah tutup operasi. So kami pun continue pulak dengan aktiviti zzzz...selepas letih seharian berjalan.
 
 
Blog berkaitan :
 
 
 
 
 
 
 

 

0 comments:

Post a Comment