Wednesday 15 April 2015

Jalan-jalan New Zealand 2010 : Queenstown





14 November 2010

Hari ni pagi - pagi lagi kami dah menaiki bas shuttle airport ke Lapangan Terbang Auckland untuk menaiki flight ke Queenstown, sebuah bandar alpine yang terkenal dengan keindahan pemandangannya dan aktiviti adventure. Kami naik bas ni dari bus stop yang hanya 200 meter dari hotel kami.

Sampai di lapangan terbang perut dah berkeroncong kerana belum breakfast lagi. Untuk mengisi perut sedikit kami membeli dan minum kopi di salah sebuah cafe di airport ni. Nama cafe tak ingat tapi rasa kopinya sangat heaven. Masih teringat ingat kelazatan kopi ni sampai ke hari ni. Harga kopi NZD3.00. Harga kopi di sini macam harga standard. Lebih kurang sama sahaja harga kopi di mana - mana   di New Zealand.

Untuk ke Queenstown kami menaiki flight Jetstar. Harga tambang  adalah RM74 seorang,  agak murah kerana dibeli  awal dan flightnya adalah jenis tambang murah.

Makanan yang dijual dalam flight ni of course tak halal. So tahan je lah rasa lapar kerana breakfast kami hanyalah air kopi yang rasa heaven tu.

Masa dalam flight ni kita boleh nampak permandangan kat bawah dengan jelas. Maybe sebab flight tu terbang tak berapa tinggi dan awan pun kurang. View awesome sangat.

Antara view awesome yang boleh dilihat dari flight Auckland ke Queenstown. Gunung-gunung dan bukit bukit masih ada saki baki salji lagi.




 



Durasi flight ke Queenstown ni hanya dalam masa 1 jam 50 minit. Lebih kurang jarak masa flight dari Kuching ke KL.  Waktu flight nak landing view cantik sangat kerana boleh nampak pemandangan aerial view Lake Wakatipu dan kawasan sekitar tapi tak sempat dirakamkan kerana dok tercari cari mana perginya sang kamera. Sebelum tu tertidur kerana mata tak tahan mengantuk. Niat tak nak tidur nak layan pemandangan awesome atas flight tapi dah tak tahan sangat..layan je lah mata. Oleh kerana terkilan sangat, maka berniat sangat sangatlah lah masa balik nanti nak rakam pemandangan aerial view Lake Wakatipu ni. Airport Queenstown ni dikeliling bukit bukau. Rasanya payah juga pilot nak handle flight untuk berlepas dan mendarat kat sini.
 
Lapangan Terbang Queenstown dikeliling bukit- bukit

 


Di Queenstown kami menyewa kereta dua hari untuk memudahkan bergerak dari tempat ke tempat. Sewa pun berpatutan. RM120 sehari termasuk insurans. Kami booking online daripada budget.com website. Bayaran hanya dibuat semasa nak ambil kereta. Kami sewa kereta Toyota Altis..kereta ni lah yang paling murah sewanya. Nasib baik kami ambil kereta dengan full insurance kerana masa kami pergi ke Mount Cook cermin kereta retak terkena batu.  Waktu pulangkan kereta kami tak kena caj apa-apa  dari syarikat sewa kereta.

Perjalanan daripada Queenstown aArport ke hotel kami , Hotel Gold Ridge Resort hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Hotel ni terletak di tengah - tengah antara lapangan terbang dan bandar Queenstown. Untuk kee bandar Queenstown pun hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit.

Bilik hotel kami yang disewa 3 hari 2 malam. Kos semalam RM320




Bilik kami agak selesa dan berpermandangan tasik

 




Hari ni kami tak berjalan sangat di  Queenstown ni kerana habis selesai urusan check in hotel dan sebagainya baru perasan tertinggal beg knapsack di Lapangan Terbang Queenstown. Kami bergegas ke airport dan bertanya di Kaunter Lost and Found. Rupa - rupanya sekuriti airport  telah mensyaki beg tersebut mengandungi bom dan telah mengimbas beg berkenaan untuk memastikan ianya bebas ancaman bom. Nasib baik beg berkenaan di jumpai oleh sekuriti lapangan terbang berkenaan dan tidak diambil orang. Kalau tidak melayang RM1000 kerana duit tersebut di simpan di dalam beg berkenaan.

Selepas urusan mengambil beg kami pergi ke bandar Queenstown untuk meninjau pemandangan Tasik Wakatipu sebelum hari malam.

Tapi pemandangan di tasik ni tidak berapa jelas kerana berkabus. So kami pergilah meninjau ninjau bandar Queenstown ni. Terjumpalah kaunter tour Real Journey.. selepas tanya berbagai - bagai soalan dengan agen kat situ kami pun tempah tour Milford Sound untuk lusanya sebab esoknya kami bercadang untuk ke Mount Cook. Harga tour tu agak mahal le juga...RM180 seorang tapi telan le juga sebab tak sanggup nak drive ke Milford Sound.

Pemandangan Lake Wakatipu yang berkabus.
 


 

Selepas menempah tour kami pun rond- ronda nak cari restoran makanan halal. Silap juga sebab tak survey maklumat  online sebelum ni ada tak  restoran halal kat sini. Ronda ronda punya ronda tapi bayang restoran halal pun tak nampak. Ada le terjumpa satu restoran India yang kami was-was status halalnya. In the end kami pun dah tak larat nak ronda ronda lagi so kami pun bertanya kepada pekerja kedai convenience store yang kami jumpa. Nasib kami baik kerana orang yang ditanya ni tahu dan menunjukan arah restoran ni. Itu lah orang kata malu bertanya sesat jalan kan..kan.  Kami jumpa restoran ini yang agak dekat dengan kedai tadi tetapi tersembunyi di celah - celah lorong sempit tetapi malangnya restoran berkenaan tutup. At last kami pergi supermarket dan beli buah.. Balik hotel makan megi dan makan buah malam itu setelah satu hari perut tak jumpa makanan.

Dah 2 hari tak jumpa nasi...hu hu.


Blog berkaitan :


 
 
 
 
 
 


0 comments:

Post a Comment