Wednesday 15 April 2015

Jalan-jalan New Zealand 2010 : Day Trip ke Mount Cook Dari Queenstown








15 November 2010


Aktiviti kami hari ini adalah ke Mount Cook  yang terletak lebih 100 km daripada Queenstown. Untuk ke Mount Cook kami drive sendiri dengan kereta yang disewa. Kami hanya pergi secara day trip kerana kesuntukan masa. Esoknya nak ke Milford Sound. Memang tak sempat kalau nak bermalam di area Mount Cook ni.

Kami bertolak agak lewat..pukul 11.00 pagi dari hotel. Gara-gara melayan mata. Jet lag gitu.
Kalau ikut jangkaan kami perjalanan ini hanya mengambil masa 2 jam setengah sahaja..for one way trip. Perjalanan pergi balik ada le dalam 6 jam. 

Tetapi realitinya tidak begitu kerana di sepanjang perjalanan kami asyik berhenti mengambil gambar. Bak kata pepatah English..life is a journey not the destination. Siapa yang tak teruja dengan pemandangan di sepanjang jalan yang sangat cantik dan kita boleh melihat pelbagai bentuk muka; ladang, gunung, sungai, tasik, gunung bersalji dsbnya yang tiada di Malaysia. Tidak tergambar dengan kata - kata...hanya gambar saja yang dapat menceritakan bertapa indahnya bumi Allah ini...



 







Mula - mulanya kami disajikan dengan pemandangan ladang -ladang dan bukit bukau di sepanjang perjalanan. Bukit bukau di sini kebanyakannya gondol dan diliputi oleh pokok renek pelbagai species dan  rumput.  Kemudiannya kami melalui kawasan Kawarau Bridge yang terkenal dengan aktiviti buggy jumping. Kami berniat nak singgah di sini dalam perjalanan balik untuk melihat aktiviti ini secara lebih dekat. Nak try takde lah...gayat woii!


Kami kemudiannya menyelusuri Lembah Gibbston yang terkenal dengan penanaman anggur. Kebanyakaan pokok anggur kat sini belum berbuah lagi. Belum musimnya kot. Di sini ada disediakan wine tour...bagi sesiapa yang berminat nak melihat cara-cara membuat wine dan nak wine tasting. Not our cup of tea. Kalau ada tour untuk anggur testing bolehlah nak try...
Singgah sebentar untuk posing dengan pokok anggur


Selepas itu kami melalui Pekan Cromwell, yang terkenal dengan penanaman buah-buahan. Di sini kami berhenti untuk minum kopi dan ke tandas. Pekan ni macam pekan koboi je..ada le beberapa buah kedai dan rumah- rumah. Tapi tak jumpa pulak orang jual buah..katanya terkenal dengan buah-buahan. Best juga kalau dapat shopping buah fresh..boleh le makan di sepanjang perjalanan. Tapi takde..so last last bergambar je lah dengan replika buah.







 Selepas melalui pekan Cromwell pemandangan di sekeliling menjadi bertambah indah apabila kami menyelusuri Tasik Dunstan. Kat sini jalan memang sunyi-sepi dan susah nak jumpa kenderaan lalu lalang. Nasib baik crime rate kat NZ ni rendah, kalau tidak risau juga melalui jalan yang sunyi sepi begini. Jalannya pun berliku-liku..agak bahaya untuk orang yang tidak biasa macam kami.








Kemudian kami melalui Lindis Pass - Tarras Road  .. majoriti pemandangan di sini adalah berlatarbelakangan bukit bukau yang gondol - gondol.












Macam view yang dilihat pada filem LOTR
Kami kemudiannya melalui Pekan Omarama terkenal dengan penternakan biri - biri. Kami singgah sebentar di sini untuk mengambil gambar dan mengisi minyak
 Bunga Lupin di Pekan Omarama




 Meninggalkan pekan Omarama kami menyelusuri pula Tasik Ruataniwha. Tasiknya berwarna biru dan berlatarbelakangan gunung-gunung bersalji. Indah sekali...tapi tak jumpa pulak orang memancing ke, mandi ke, berkayak ke. Actually tak jumpa walau seorang pun manusia kat sini...kalau kat tempat kita mesti dah ramai orang pergi melepak. Maybe diaorang ni dah tak hairan view begini. Merata-rata ada.








Kami kemudiannya melalui Jalan Tekapo - Twizel Road dan  menghampiri Lake Pukaki , yang menandakan kami semakin hampir ke Mount Cook. Selepas itu..kami melihat view ini...










Masya Allah cantiknya.. terkedu sekejap. Cantik dan luas sungguh Tasik Pukaki ni. Air nya berwarna emerald...mesti dalam ni. Seperti tadi, tidak kelihatan seorang manusia pun mandi ke, berenang ke, memancing ke atau lepak kat sini.
Berposing sebentar di Tasik Pukaki



Semakin hampir ke Mount Cook, semakin banyak gunung ganang yang diliputi salji kelihatan


Akhirnya kami sampai di  kawasan  kaki gunung Aaori Mount Cook pada pukul 3.00 p.m.Tersasar daripada target kami  untuk sampai ke sini dalam masa 2 jam setengah sebelum ini.




Kami bertolak balik dari kawasan Mount Cook dalam pukul 4.30 p.m setelah menghabiskan masa sejam setengah di sana. Sebelum ni berniat untuk ke Tasik Tekapo yang terletak dalam setengah jam dari sini tetapi kami membatalkan niat memandangkan waktu yang sudah lewat.

Dalam perjalanan balik kami singgah ke Pusat Perternakan Ikan Salmon yang mana kita boleh memberi makan ikan ini secara percuma. Tetapi makanan ikan tu kena beli...tak le percuma namanya. Anyway ianya satu pengalaman unik yang tiada di negara kita. Kat sini kami membeli smoked salmon sekilo untuk dibawa balik di Malaysia sebab sebelum ni makan di Auckland rasanya sangat sedap. Harga sekilo RM18. Tapi  bila makan selepas tu baharu tahu rasa ikan ni taklah sesedap sebelum ni..maybe sebab ikan ternak kot. Kat sini takleh buat salmon testing. Kalau dah tasting confirm tak beli punya..



Sekilas ikan salmon di air


Selepas itu kami hanya singgah di Viewpoint Kawarau Gorge. Kami hanya singgah sebentar kerana hari yang semakin lewat. Tak sanggup kami nak drive di sebelah malam di jalan yang sunyi dan berliku liku ini





Singgah di Kawarau Bridge dengan niat untuk melihat orang ber buggy jumping. Tapi dah tak ada aktiviti masa ini kerana hari dah nak malam. So kami buat aktiviti berposing je lah ...


Wildflower begini banyak kelihatan di sepanjang perjalanan




Kami sampai di hotel kami dalam pukul 7.00 p.m dan bergegas solat dan makan megi mi sebelum pergi ke Queenstown Gondola.

0 comments:

Post a Comment