Sunday 14 May 2017

Jalan - jalan Taiwan 2016 : Beitou Hot Springs dan Yehliu Geopark


4 Disember 2016

Hari ke empat di Taiwan kami telah penuhi dengan melawat 2 tempat tarikan yang terletak di luar Taipei; Beitou Hot Springs dan Yehliu Geopark. Mula-mula kami berniat ke Wulai atau Yangmingshan tetapi kami tukar fikiran kerana kalau kami  ke Beitou dapatlah juga ke Yehliu Geopark dan Tamsui pada hari yang sama. Kami hanya bercuti 5 hari sahaja di Taiwan jadi kami kena memaksimunkan masa yang ada. (rasa menyesal juga pergi ke Taiwan tidak lama kerana banyak tempat menarik di negara ini yang tak sempat dilawati)

1. Beitou
Stesen MRT  :  Xin Beitou

Untuk ke sini kami menaiki MRT Line 2 (Merah) dari stesen Taipei ke Stesen MRT Beitou. Dari situ kami tukar keretapi ke Stesen Xin Beitou (satu stesen sahaja dari MRT Beitou)

Jadual keretapi ke Stesen Xin Beitou

Keretapi ke Stesen Xinbeitou agak unik. Warna cat keretapi ceria dan dihiasi dengan lukisan yang menggambarkan Beitou Hot Spring

Meja berbentuk tub dalam keretapi . Ada skrin LCD di atas tub ini


Beitou Hot Springs merupakan tempat terdekat dari Taipei untuk menikmati kolam air panas. Ianya boleh dijangkui dengan sejam perjalanan daripada Taipei yang menjadikan ianya tempat yang boleh dikunjungi secara day trip sahaja dari Taipei.  Beitou terletak di Datun Volcano Group. Ini menjadikan kawasan ini mempunyai mata air yang sangat panas sehingga mencecah lebih daripada 100c. Semasa penjajahan Jepun, orang Jepun telah membina rumah mandi air panas  untuk orang Jepun mandi dan berendam (budaya orang Jepun). Apabila tentera Jepun meninggalkan Taiwan tempat ini telah dibiarkan terbiar sahaja sehingga dibangunkan semula pada tahun 1990an.
Terdapat banyak kolam air panas di sini samada private atau public. Oleh kerana masa kami terhad kami hanya pergi ke Beitou Thermal Valley sahaja. Thermal Valley ini merupakan krater gunung berapi yang dipenuhi dengan air panas.

Stesen Xinbeitou. Ada kedai cenderahati di sini (cenderahati di sini agak menarik dan mengkhusus kepada cenderahati berkonsepkan hotspring)
Tempat menarik di Beitou yang boleh dikunjungi


Untuk ke hot spring: Keluar je dari stesen, lintas jalan dan belok di sebelah kanan dan jalan terus. Tanda arah ada di luar stesen untuk dirujuk


Musim gugur di Taiwan (daun pokok ada yang bertukar warna dan gugur tetapi pemandangan musim gugur tidak menyerlah seperti di Korea dan Jepun)

Kita akan menyelurusi sungai kecil ini untuk ke kawasan air panas dan Thermal Valley
Air sungai ini sangat panas (jangan ambil mudah)
Air terjun kecil yang airnya panas

Selepas menyelurusi sungai kecil kita kena cross jalan dan ikut lorong ini untuk ke Thermal Valley

Maklumat berkenaan Beitou thermal Valley ada dipamerkan

Air di Beitou Thermal Valley berwarna hijau dan mengeluarkan wap (air di sini sangat-sangat panas dan mencecah lebih dari 100c).
 


Viewnya cantik tetapi berbau busuk (bau sulphur). Tak tahan kami berlama - lamaan di sini


Selepas menghabiskan masa 2 jam di sekitar kawasan air panas ini, kami meneruskan perjalanan untuk ke  Tamsui untuk menaiki shuttle ke Yehliu Geopark pula
2. Yehliu Geopark
Cara untuk ke sini: MRT Tamsui-- Bus North Coast Shuttle

Untuk ke Yehliu Geopark kami menaiki keretapi  dari stesen Xinbeitou dan menukar keretapi pula di stesen Beitou (seperti masa pergi) untuk ke Tamsui (hentian terakhir line merah). Dari stesen Tamsui  kami akan menaiki North Coast Shuttle ke Taman Negara Yehliu.
Laluan MRT Beitou ke Tamsui

Sebenarnya pengunjung boleh menaiki bas untuk ke Yehliu Geopark dari stesen Taipei. Perjalanan dari sana memakan masa selama sejam ke Yehliu. Tapi kami memilih untuk menaiki  North Coast Shuttle di stesen Tamsui (berkonsepkan hop on hop off) kerana berniat untuk mengunjungi tempat lain di laluan shuttle ini dan berhajat untuk melihat sunset di Tamsui selepas balik dari Yehliu Geopark. Oleh  itu kami tidak berjalan -jalan di sekitar Tamsui bila sampai  dan sebaliknya terus bergegas ke stesen bas Tamsui yang terletak di sebelah stesen MRT.

Tamsui

Stesen bas Tamsui


Harga one day pass untuk naik shuttle ini adalah NT200 (RM28). Bayaran hendaklah dibuat dengan easycard. Shuttle ni adalah coaster dan bukan bas ya. Rupa coaster yang ada di stesen bas Tamsui ni memang nampak serupa kerana semuanya dicat dengan warna yang sama dan ditulis dengan perkataan North Coast Shuttle. Pastikan kalau nak naik shuttle ini anda naik coaster yang bernombor 862. Maklumat lanjut shuttle ni boleh dirujuk di laman url https://guidetotaipei.com/article/north-coast-shuttle-bus
Hentian shuttle (maklumat ini diambil dari kerusi tempat duduk shuttle)

Banyak tempat menarik yang dilalui shuttle ini di sepanjang laluannya dari Tamsui menuju ke Keelung. Antaranya adalah Qiansui Bay, Shimen Arch dan Fugui.  Pemandangan yang kami lalui memang cantik kerana shuttle ni menyelusuri pesisir pantai. Hanya tak boleh nak ambil gambar sebab pemandu ni drive dengan sangat laju.  Sewaktu kami naik, penumpang memang penuh dan kemudiannya beransur-ansur kurang sehinggalah kami sahaja yang tinggal.

Disarankan kalau nak naik shuttle ini bermulalah awal pagi dan bukannya separuh hari seperti kami. Ini adalah kerana perjalanan ke Yehliu Geopark  (hentian kedua terakhir) memakan masa 2 jam. Ingatkan sejam sahaja. Kami menaiki shuttle ini pada pukul 2 pm dan sampai di Yehliu Geopark pada pukul 4.00 pm.  Memang tak sempatlah nak ke destinasi lain.

Jangan risau di mana hendak berhenti kerana di dalam shuttle memang ada pengumuman dalam bahasa English akan hentian dan destinasi seterusnya. Hentian shuttle ada signboard nombor shuttle dan nama hentian dilalui (so masa balik takde lah tak tahu tempat naik naik)



Ada apa di Yehlui Geopark? Yehliu Geopark merupakan satu taman negara di Taiwan yang terkenal dengan formasi geologi yang unik, yang terhasil daripada pergerakan bumi dan hakisan ombak dan angin. Ianya merupakan salah satu daripada wonder of the world yang harus dikunjungi kalau anda ke Taiwan. Antara formasi yang terkenal di sini adalah Queen Head (yang menyerupai kepala Queen Nefertiti) .

First time melihat formasi-formasi geologi ni memang terkesima sekejap. Subhana Allah.  Indah sungguh ciptaan Tuhan. Anak saya siap cakap lagi yang dia berada di planet alien...

Kata - kata tak dapat mengungkapkan keunikan formasi batu-batuan ini. Biarlah gambar di bawah berbicara.

Mushroom rock





Queen Head (kami tak bergambar pun dengan batu ni...panjang sangat barisan orang beratur)
Kawasan di sekitar Yehliu Geopark


Laluan untuk pengunjung



Kami menghabiskan masa di Yehliu Geopark selama sejam setengah dan bergegas untuk menaiki shuttle terakhir (pukul 5.30 pm) untuk balik ke Tamsui.

Tunggu punya tunggu shuttle tak kunjung tiba. Ramai juga pengunjung lain yang menunggu shuttle ni bersama. Tapi kemudiannya mereka-mereka ni one by one meninggalkan hentian shuttle ni. Tinggalah kami sahaja. Lepas menunggu selama sejam baru kami perasan bahawa semasa winter season masa terakhir shuttle ni beroperasi adalah pada pukul 4.30 pm. Adoi..

Punah harapan nak melihat sunset, jalan-jalan dan dinner di Tamsu. Tamsui terkenal dengan sunsetnya yang indah dan di sana ada juga kedai makan halal di sebelah stesen.  Selain itu kami berniat nak pergi ke rainbow bridge dan pasar malam Tamsui.

Oleh kerana tak dapat nak naik shuttle ke Tamsui kami terpaksa balik ke stesen Taipei dengan menaiki bas biasa. Oleh kerana tak pasti nak naik bas ni di mana kami bertanya dengan pekerja 7-11.

Untuk ke hentian bas ni kami kena menapak sejauh 500 meter dari hentian shuttle (hentian shuttle berjarak dalam 100 meter dari Yehliu Geopark). So kalau naik bas ni dari stesen Taipei kena menapak lebih sedikit ke taman negara ini.  Memang lebih mudah sebenarnya naik shuttle kerana kalau naik bas dari stesen Taipei memang tak tahu nak berhenti di mana sebab bus stop nya jauh dari taman negara ini dan tak menyerlah.

Kawasan di sekitar pekan Yehliu di waktu malam




Kami naik bas ke Taipei di bus stop di depan 7 - 11 (kami memang tak perasan bus stop ni. Hanya tahu bila tanya pekerja 7 -11 kat situ). Bayaran naik bas ni kena dibuat menggunakan easycard. Oleh kerana easycard anak saya dah habis driver tu kasi dia naik free. Nak bayar dengan tunai dia tak nak terima pulak. Baik juga lah driver tu walaupun cara dia drive bas ni memang scary mary.

Kami sampai di stesen Taipei pada pukul 8 malam. Sampai di stesen terus kami ke kawasan Y26 (underground shopping di stesen Taipei) untuk dinner di restoran Indonesia kat situ. Lepas dinner kami sambung dengan aktiviti shopping souveniur, kasut dan baju kat situ. Harga kasut kat sini memang berpatutan dan design pun cantik. No wonder ramai tourist  suka shopping kasut di Taiwan.

Hentian bas terletak di luar stesen Taipei
Underground shopping di stesen Taipei. Kebanyakannya barangan anime dijual disini



Ada juga dijual tudung dan produk muslimah di sini
Blog berkaitan:

0 comments:

Post a Comment